LET'S PRAY FOR LIL'NURHANNAH

Saturday, October 22, 2011



BE STRONG LIL'HANNAH
Hye,& Salam, 
Setelah kekenyangan dan luang masa bersama MistaHaisa dan Cyteh, cam biasa ak buka la fb, dan ternampak pic baby yg sgt comell ni. Kesian melihat badan sekecil tu perlu bertarung,mengharap wayar2 melilit di badan. And juz wanna share wit uol cerita baby yang sgt comell ni..

"Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar.
Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen.

Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah.

Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat. Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan.

Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan.kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya.

Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my 

Disini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak'ataini lillaahi ta'aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-'u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya'-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min'ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-'a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal 'aliy-yul azhim "


Let's Pray for Lil' NurHannah. Speedy recovery sayang... 
"S.P.R.E.A.D.L.O.V.E"

13 comments:

Haisa said...

insyaallah...speedy recovery baby hannah...;p

NiA said...

iAllah....

Cik Tetra said...

kesiannyya..semoga dia cepat sembuh..insyaallah amin.. :)

NiA said...

tu la kan cik Tetra..sama2 kita doakan bby Hannah kembali sihat&normal..

EmpayarUtama said...

Aku tumpang simpati. Semoga Cikgu Rohaiza tabah. Sekolah lama aku tu...

manjeamusyuk said...

semoga babay Hannah cepat recover..mari sama2 berdoa

PenuliS said...

alahai,kesiannye bby.tabahlah sayang.<3

NiA said...

EU: cikgu ko ek??smuga dia tabah

NiA said...

sama2 kita doakn...walau mungkin kita rs mereka bukan sape2 ngn kita,tp mereka tetap saudara seUgama&SeMalaysia ;)

Fendy said...

kesiannya.....sama2 kita doakan cepat sembuh....

Ini Kisah Tia said...

ya Allah .. kesiannya baby .. baby sabar ye sayang .. nak mengalir airmata ni bila baca ..

Mr. LadZ said...

Saya doa'kan baby cepat sembuh (sehat wal'afiat jasmani n rohani)....

semoga doa' Qt semua dikabul oleh Allah SWT yang "Maha Pengasih dan Penyayang".....

iu said...

mungkin dah terlalu lama,sori lmbt update,dari info yg dpt digugel NurHannah dah kembali ke rahmatullah.AlFatihah. Semuga Hanna aman disana. Aminn

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...