LET'S TERRY FOX RUN !!

Sunday, November 13, 2011

Yeayy....im gonna break my own record.... (cam agak poyos je ayat). Actually its true..da lama kut xberlari, im gonna run for 3km okeh..xtau la termampu atau tak esok...yang pasti agak xcited. At first place sebab ni kali pertama sertai Terry Fox Run KL bersama company sekarang, almaklum baru je bernafas tak sampai 2 tahun. [nasib si pelompat kerja..huhu]. Besides, mengharapkan larian ni akan jadi steping stone tuk terus berlari. Rasanya memang perlu aktif bersukan sebab keadaan diri da semakin mem"bambam"..huhu...

i got da superb t-shirt c: runwitme ;)


As i said before, ni la first time join Terry Fox Run. Memang memula xde idea nape larian tu Terry Fox Run??. Memang agak larian tu sempena memperingati Terry Fox, tapi xtau siapa, kenapa & bagaimana.... Shame on me , event ni pn xtau sebab???... xpernah amik tau..huhu...tapi rasanya bukan saya sorang kut xtau...pasti ada dikalangan uol pn xtau kan?? Ok i'll share with uol... & pada yang dah tau pun xpe kut, memperingati jasa & semangat. [personally im proud of him]

Terry Fox Run ni sebenarnya merupakan annual non-competitive charity event yang dijalankan di beberapa region di seluruh dunia bagi memperingati aktivis kanser dari Kanada, Terry Fox dan Marathon Of Hope bagi mengumpul dana untuk membiayai penyelidikan penyakit kanser. Di Malaysia sendiri telah mula melaksanakan larian amal ini sejak dari 1990. Tidak seperti badan amal yang lain, Terry Fox Run has no corporate sponsorship. Ini adalah selaras dengan hasrat asal Terry Fox tidak mencari populariti. Ketika melaksanakan Cross-Canada Run, beliau menolak sebarang endorsement telah ditawarkan (termasuk dari syarikat multinasionalutama seperti McDonalds), kerana berpendapat ia boleh  menjejaskan matlamat mewujudkan kesedaran awam.

Siapa Dia ??
Sebenarnya Terrance Stanley "Terry" Fox ni, ialah seorang olahragawan berbangsa Kanada. Dan merupakan pejuang kemanusiaan . Pada tahun 1980, setelah kudung sebelah kaki, beliau melakukan larian rentas Kanada untuk mengumpul dana sambil memupuk kesedaran untuk penyelidikan kanser. Walaupun terpaksa menghentikan perjuangannya akibat merebaknya barah dalam badannya selepas berlari selama 143 hari dan 5,373 kilometers (3,339 bt), kemudian mati akibat penyakit tersebut, namun usaha beliau membuahkan kesan peninggalan yang berkekalan di seluruh dunia. 

Semangat juang yang tinggi kan?? Dek kerana malam yang semakin menghala ke pagi &entry kali ni telebih panjang, rasanya i have to stop here. Korang leh search pasal dia kat gugel. Saya juga melakukan benda yang sama. credit to pkcik gugel & makcik Wiki..hehe.. n oso Mr.Utube. Ok uol xperlu mencari ke Utube, saya hidangkan untuk anda..enjoiyy ya..!






P/S : Yang akan menyertai, jumpa korang kat Padang Merbok,KL.. yang belum pasti, masih ada few hours to go..jangan risau...terbuka, tiada yuran. Cuma setiap hasil jualan t-shirt merupakan sumbangan. Let's run & be health.. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...