PRE-HYPERTENSI

Sunday, July 29, 2012

Salam Jumaat.

Semoga semua sihat sejahtera. Dan jangan menganggap diri anda sihat kalau anda tak menampakkan rasa sakit, better check sebelum terlambat. Tak salah meluangkan masa kejap jea singgah ke klinik. Nak-nak yang punya klinik panel tuk company yang korang kerja. Wah, ,menasihat..diri sendiri pun baru jea dapat kesedaran..heee..


Alkisahnya tersebut la kisah cik Erni menge'share' ape yang dia terbaca kat internet. Kami memang suka share2 fakta@benda2 yang menarik. 1 benda menarik perhatian bila dia share pasal cacing. Dan dapat tau yang kita yang dewasa pun memerlukan ubat cacing sekurang-kurang nya 2 kali setahun. Ku ingat masa 
kecik2 je. huhu.. Anda yang masih belum amik sila la merajinkan diri ke klinik atau paling tak ke farmasi. Kami dah.


Since kami punya panel klinik Mediviron, kami serbu kesana la. Serius kami suka sebab klinik ni sangat bagus& berkualiti ubatnya. Doktor pun baik jea. Alang2 kesana dapatkan ubat sakit bahu. Lately selalu sengal2. Doktor yang baik itu telah pun dengan bagus mengecheck blood pressure. And big suprise!! darah tersangat la tinggi dari biasa. 130!!!..huh..pre-hypertension.


The reason yang mampu di kenal pasti punca of course..STRESSSS... Yup terpaksa mengakui lately tersangat stress dari biasa. Stress ngan kerja. Malas nak crita betapa stress nye, sangat bertimbun bila kerja yang terpaksa di buat tuk 3 orang perlu di buat sorang2. Nak xnak kena buat jugak. Yang bertambah stres bila ada yang cuma nak menambah kestressan. Tapi alhamdulillah sejak2 puasa ni lebih tenang handle stress.
Punca yang laen mungkin jugak sebab naek berat badan kut.Haishh..banyak faktor2 laen skali kut. Kalau kata sebab pemakanan rasa nya ada sikit jea kut. Sekarang kami lebih prefer masak sendiri. Dah boring asyik makan kat luar. Tak tau nk makan ape, end up asyik makan benda yang sama jea. Bila masak kat umah garam,MSG semua kita leh kontrol sendiri. Trust me, rambut dah kurang gugur. & semestinya enjoy masak sendiri. 

Masalah terbesar yang melanda yang buat jadi punca utama rasanya TIDOR. huhuhu.. Susahnya nak tidor. Sekarang dah kul3.30 pagi masih tak leh tidor.huhu..sedangkan arini rasa sangat la penat. Penat terlampau buat tak lena tidurr...tulun2.. Nampak gaya tunggu sahur terus la ni. Masalah tidur ni memang melampau2 bila kerja. Masa study dulu kemain lagi tidur, tak makan pun xpa.hmm...

Perlu lakukan sesuatu nih. Harap dapat control blood pressure. Doktor dah suh p after seminggu. Muga2 kembali ok. Sekarang ni hal kerja malas nk pikir sangat.huhu.. Harus bertindak cepat nih.



NASI AYAM, AYAM MADU

Thursday, July 19, 2012

Salam.

Its been a while...ingat dah xnak publish, simpan dalam draf ja dlu. Since dua tiga hari lagi nak puasa & pastinya akan xtahan menengok makan di siang hari maka tercapai la jgk hajat nak tempek entry baru.



Hasil aktiviti hujung minggu kami. Nasi Ayam. FYI ni first time buat sendirik. Bukan sendiri pun. Of course ngan Erni. Kali ni K'long & her lovely anak buah pun join. Meriah. Fisrt buat sebab biasa kalu kami, kami biasa buat ngan Maa ja, jadi co-chef dia. Selebihnya kami tukang makan. Susah xsusah senang xsenang jgk la..hehe...tp sebenarnya ok jea. Hasil godekan kat gugel, cari yang paling sedak & kami cantum2kan resipi. Memandai sendiri je kan??hehe...




Semua kami buat bertiga, eh silap berempat. Yang kecik tu pun leh tahan gak buat-buat kalot. Pagi xpagi, tengahari jgk la kami ke NSK. Asal xberniat nak buat ari tu, tapi resipi dah siap2 carik. Bila pai sana dapat idea nak try buat bila tengok barang basah segar2 dengan harga bulih dikata agak berpatutan berbanding pasaraya laen. Lagi plak senang barang laen pun ada, dh jadi 1 stop centre gitu. Balik beli barang-barang kami terus buat. Puas hati kut nasi ayam menjadik Akan dicuba lagi nanti.

Resipi dapat dari cikepel

Bahan Untuk Sup Ayam
1/2 ekor ayam
1 ulas bawang besar - mayang halus
5 ulas bawang putih - mayang halus
1 sup bunjut
2 @ 3 ketul stok ayam m.e.g.g.i
garam secukup rasa
sos tiram 

Cara-Cara
- tumis bawang besar & bawang putih sehingga garing.
- masukkan air & ayam...rebus sekejap..
- masukkan sup bunjut & stok ayam m.e.g.g.i ...
- tambah air lagi (untuk dimasukkan ke dalam nasi) pastu tambah garam...
- saya masukkan sedikit sos tiram.

Nasi (saya guna rice cooker)

- 2 cawan beras
- air rebusan (sup ayam tadi)
- mentega - cairkan

Cara - cara
- basuh beras sehingga bersih.
- masukkan air rebusan (ikut sukatan beras yang uolls selalu pakai).
- lepas tu masukkan mentega yang telah dicairkan...kacau...(kami xcairkan dulu..kami masuk kan jea.sebab sup dah panas dia cair sendirik..heee)

Ayam
- Kicap Pekat (kami buat kicap biasa ja
- Madu

Cara-cara
- amik kicap & madu sikit..kacau sebati..pastu amik ayam yang telah direbus tadi...gaul
- lepas tu, boleh la digoreng...

Kicap
- guna lebihan yang kite gaul ayam tadi....

Sos Cili
- cik Eni buat, cam sambal belacan tanpa belacan ;p




Ni lah tukang masak merangkap tukang makan. Macam nak masak dinasour tu plak pas ni..heeee...
Sekarang dah tiba masa kembali ke kerjaan. Kalo sempat jumpa resipi akan di share nanti.
Bye.

AMAN DI SANA

Friday, July 13, 2012

Petang, Salam Jumaat,

Hari yang sangat Indah, tapi hari yang sunyi dan sayu. Dalam mengenang arwah yang pergi genap 15tahun lepas, tak di sangka dan agak terkejut dapat tau nenda nya Erni kembali kepada pemilik hakiki kita. AlFatihah buat arwah & takziah kawan.



Sangat faham rasa kehilangan tu. Harus di redha pemergian. Terus doakan mereka, cuma tu yang mampu memberi bahagia arwah di sana. Rasa hilang bertambah bila Ramadan dah hampir. Tapi, seberapa banyak sayang kita pada yang tiada,Allah lebih menyayangi. Semuga mereka di tempat kan dikalangan mereka2 yang beriman & tenang di sana. Aamiin.


# sunyi bila Erni takde..kalo dia kawin t canner yea?huhu

HAPPY BIRTHDAY TO THEM

Thursday, July 12, 2012


Salam..Selamat tengahari.


Short entry for today..Hepi besday to both of them.
Sorang si idong kepek & sorang si bapak Badang.
Sorang lahir 11July, sorang 13July.walau tahun berbeza.
Sorang suka nangis [gile cengeng], Sorang suka sakat.
Sorang Pendek,sorang Gemop.. ;p





masa convo dia.

Owh pic ni agak mancung lak idong yea??ada cucuk ka dak kepek .Masa dia convo that day. 1 thing ak xkasi tau, masa convo tu sempat curi tengok Maa nangis coz proud of you. And im gonna cry too tapi pretend xnampak. [Masa taip ni pun cam mata merembes tringat situasi tu.] ~ilang macho waa.. ;p



curi dari fb dia
Hah..ni la pic yang paling nampak bercahaya & sejuk mata mandang. Hahaha.. Tak terhagak amik pic sendirik. ;p .Tengok saja saiz dia dah tau bessa gila..even his my adik dari dulu pai sekarang orang confius, i sulong ke dia yang sulong. Sometimes i juz admit dia my pakcik jea, & seharusnya orang percaya. Kalo gelak harus gegar 1 rumah..;p

Ok thats all for this evening.
Semuga segala baek2 sahaja.Di panjangkan umur
Dimurahkan rezeki.


# antara 2 tarikh lahir diorang, Dia menjemput insan itu menghadapNya.
Semuga roh arwah di cucuri rahmat, ditempatkan dikalangan orang2 beriman. AlFatihah.



RENYAI MERINTIK

Wednesday, July 11, 2012

Salam, Selamat Pagi..oh Tengahari sudaa..

Kelebihan suasana sejuk mendung2 cam ni la..xsedar ari dah tengahari. No wonder la perot berdendang perantau. Uhukk..Udara sejuk2 manja macam ni memang best kalo dapat tarik bantal selimut. Berangan, kalo duk umah ujan cam ni macam la tido..xde nye.mata mesti susah lelap jugak..


Mendung buat aku rindu. Rindu pada segala benda yang panjang untuk di list down kan..cukup sekadar ku bilang rindu. Ewahh,.. ;p Dan dek kerana rindu & kekurangan mood kerja. Maka ku capai choki-choki ku sumbat ke mulot. Sangat nikmat. Hee...tetiba rindu pada Rocky. Straberi ke coklat dua-dua rindu. Sudah lama keputusan stok.




Hurm sudah cukup. Perlu siapkan kerja menimbun sebelum puasa. Bila puasa t dah tak melarat mengerjakan semua timbunan ini dan bakal ditimbun kan lagi. Oh..semakin dekat dengan puasa. Perlu bersedia dari sekarang, 10days left. Semoga di beri kesempatan menuju Ramadan & menambahkan amalan&ibadat di bulan yang indah itu.


p/s : Hari ni besday budak kepek [sbb idong xmancongnya..haha]. Epi besday.

KEK PISANG COKLAT SIMPLE

Monday, July 2, 2012

Salam. Selamat malam.

Kembali ke segmen project special iU&Er. Tak lain tak bukan dengan my BFF, my housemate merangka rakan sekerja ku.Kalo ari tu kami buat kek coklat kali ni kami buat yang agak berbeza tapi masih basic yang sama. Dek kerana kek coklat sangat laku & dah abis kami isi masa menunggu match Euro. If not mistaken Spain vs Portugal nye match. Memang dah agak lama kut kan? ni baru sempat nak update. Kita usha pic dulu.



Al kisah masa kami nak buat kek ni tetiba ada kerosakan pada plug. Agaknya banyk sangat kuasa letrik di guna. Nasib x blackout & semua plug point rosak. Nak hangkut oven tu cam besar kut ke plugpoint lain. Nasib baik la ada rice cooker yang multi function yang leh buat kek tuh. Selamat la. Itu sebab kek kat atas ni  bulat semacam. Coklat plak tuk toping kami guna yang balance kek coklat ari tu. Tak baik membazir kan??hee... Dan hasil nya.. Tarrraaaaa.........






Closed up.




Ready to ngappp..heee...Ok. now i share the resipi nya..sangat senang. Di cedok dari sini.





Bahan-bahan:

4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek -[ kami guna 8 sebab agak kecik]1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis - [xbuh pun]
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla

Cara-cara:

1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.

*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan. - kami guna rice cooker yang multi use leh buat kek..main buh n tutup n set sahaja.

Extra job, kami buh topping coklat n hias sikit ngan pisang. Senang-senang jea kami buat. Leh la cuba2 yea. ;)




PENYAMBUNG NYAWA BABY PINK

Thursday, June 28, 2012

Salam  Selamat Tengahari.

Fuh lega rasa, Kembali bernafas secara normal. Dah beberapa hari my baby lappy tidak bermaya lemah longlai kat rumah. Tu semua sebab charger yang tetiba meragam. Sungguh sunyi tanpa lappy. Memang duk hitung hari nak mencari penyambung nyawa tu wekend ni. Tapi cam xsanggup jea..sabarkan aja hati.




Tapi lunch baru sat kunun nak mencari bateri baru tuk company punya kamera nak dijadikan kisah, yang dicari tak dapat yg di dicita mendatang. Weheee... sudah ada new charger. Penyambung nyawa. Malam ni terus leh online sambil tengok bola lagi. I bet Germany akan menang. Spain vs Germany. Heee...

Semalam tengok bola sambil makan kek pisang coklat okeh. Akan cuba di share nanti, sekarang harus siapkan kerja menimbun ini. Sekarang bukan tuang kerja okeh ini namanye terapi mata. Kasi ilang ngantok yea. ;p

KEK COKLAT SEMPENA HARI BERMALASAN.

Tuesday, June 26, 2012

Hye.

Im Back..hahaha...settle kan keje jap tdi dah siap segala tugas termasuk tugas utama dgn CEO paling besar kita juga. Semuga segala yang kita lakukan diterima Nya. Aamiinn. Since semalam bercerita pasal kek yang kami buat pada sabtu sempena hari bermalas malasan di rumah xbuat apa maka arini kita share sikit resipinya. Sangat senang. cik Erni la yang jumpa resipi ni dari blog ni . Meh kami share hasil dia dlu...





 Yang ni pic yang dah siap. atas tu kira apa yang ada kat dapor je. Barang deco laen sume dah xpired dek kerana kami tersangat lah 'rajin' bt gunakan nya. hahaha..cantik x?? hmm..rs pn best. Kita hidang pic dlu den br kita gtau resipi nya yea?




Kek yang masih dalam oven time ni xsabar2 nak bukak. xcited kut. Kalo korang canner??haruslah kan?? Cik Erni dah gatai tangan nak bukak tengok..sib baek saya sabarkan dia..hahaha..



Ni yang dah siap. Dan baru di keluarkan...gebu & lembutt.



Mesti yang melihat jugak rasa cair. Tu lah yang saya rasakan bila mana coklat di melted kan keatas permukaan kek itu. hahaha... Oklah. mata sudah jamu. Now cara nya. Sangat simple sampaikan kami ms nk buat pn cam xcaya jea..betul ke?? jadi ke?? percaya lah...jadiii..heee




Bahan A
2 cawan tepung gandum 
2 cawan gula kastor 
2 cawan koko 
1/2 sudu soda bikarbonat 
1 sudu baking powder 
sedikit garam 

Bahan B 
1 cawan minyak mazola [kami gaanti ngn minyak masak biasa ja]
1 cawan air panas 
1/2 tin susu cair 
2 biji telur(gred A) 


Cara membuatnya
:GAul bahan A hingga sebati [ kami ayak kan semua bahan dlu]
dan masukkan kesemua bahan B.
Kacau hingga sebati.bakar selama 1 jam.suhu 180-190. 

Dan siappp...
Sila mencubanya.


Itu sahaja. Ok la got to go. Technician sudah sampai. Last task for today, Jum kira pokok! 
;)



p/s : Gaji sudah masuk. Kaya buat sehari ;p [nimbey pokk seround sebelum kelik]





BEKALAN INTERNET TERGENDALA

Salam.

Bila punya rasa kurang atau tiada, kita akan lebih menghargai apa yang kita miliki. Lebih bersyukur dengan apa yang ada. Betul ?? sangat betul. 


Contoh paling mudah, bila ada kemudahan internet, xde benda pun sangat yang nak di guna. Alih-alih intai FB jenguk blog2.. nak update serasa cam malas @xde mood lagi. Tapi bila dah internet problem, tetiba lappy meragam time tu banyak plak benda yang penting nak di buat. Idea nak update la hape. Its really happened to me. Semalam balik keje nk on lappy da xdapat. dikhuatiri charger lappy tu da 'weng-weng'. sebab nye malam sebelumnya dia cam dah on off. Sesuai la my baby pink lappy da 3tahun usia kut..ada la yang sengal2 anggota badan..Hurm..boring bila xde. So semalam selepas layan Masterchef tetiba dapat idea buat nasi lemak for breakfast. Buat terus ngan housemate. Senang bangun pagi tinggal panaskan jea. Hehehe.. Semalam duk pikir2 xpe la..mai ofis internet ada leh la settle kan apa yang perlu. 



Memang jangan berharap pada yang tak pasti. For the 2nd time ditimpa ke'frust'an. Sampai je ofis diorang cakap sori..internet xde..huhu... Semua kerja tergendala. Sangat boring, bertambah dengan keadaan yang redup2 manja. Sangat sleepy okeh. pagi tadi dalam boring2 sambil buat apa yang perlu,tetiba terfikir 1cara nak ilangkan ngantok n boring. Edit Pic. hehehe..guna Photoscape jea pn..senang, sebab kalo nk guna photoshop memang dah lupa abis. Sape suh xpraktis. Ye dok? 

Dalam duk mngedit tu terasa cam nak update blog plak. So dengan tekad & azam. Balik dari lunch tadi check2 rupanya da leh guna internet. Tapi ada orang buat2 diam ja internet dah leh guna. Ooo..nak guna sorang2 yea @ pn pai sekarang dia xtau lagi, tapi macam mustahil, biar je la..dia kan dah senior. Maka tergedik lah tangan mengupdate sekejap sementara ngantok kenyang cendol ilang. haha.. 

Ok la.. nak siapkan keje jap. t ada masa sempat update satu lagi. heee..gigih kan bila bekalan internet terhad? Sangat sedihh... Charger lappy tu tunggu la dlu, xdan nak menjelajah mencari ganti lagi. Pasti ada yang merindu bila malam saya xonline kan?[ayat prasan...ADEKEE???]

RECAP

Monday, June 25, 2012


Salam..Im back. Setelah lebih sebulan menyorokan diri. Yeaa...i know..xdak sapa pun heran. But my so called 'online diary' sangat menyepi tanpa kata. Tak de la sampai sorok @ bawa diri ke mana-mana gua. Cuma sekadar menjadi Silence Reader sahaja. Jangan kata blog, FB pn lebih selesa tak mengupdate apa2 status. Cuma kadang2 share benda yang dirasa patut. Twitter? jangan cakap, ada tapi memang xde pape pun, atau dengan kata mudah, orang buta teknologi memey xleh nak buat apa. Ya mengaku saja sebab memang dah itu kekurangan nya.heee...

Sepanjang sebulan lebih ni sebenarnya life masih macam biasa. Bangun pagi ~ kerja ~ balik rumah ~ tidor . Dan cycle memang macam tu la.. Dek kerana terlalu banyak benda yang pending, maka kali ni punya entry mungkin saja agak memboringkan. Sekadar upload few activity lately. Kalau saja boring, do not hesitate to closekan saja. I dont mind, anda punya hak. ;)

Segalanya bermula setelah seminggu Erni pindah masuk rumah kami. Memang sebelum ni segala benda kami share & lakukan bersama. Sekarang lebih senang segala urusan heee...dan lebih mengeratkan kami bila mana erni dah sama kerja. Maka kali ni saya kasi edisi recap segala benda yang kami spend together. heee...Antara aktiviti nya adalah : [macam point2 zaman blaja lak...]

TRIP KE CAMERON ~ Selepas seminggu Erni pindah masuk,besday anak buah dia, Nabilla yg sgt comeyy itu. Pasti ada jugak yg bunyi sindiran dari mereka yang tidak dalam undangan kunun nya saya penyebok jaa..erkk..bunyi cam jeles jaa..haha.. maafkan mereka,mereka xtau, saya sentiasa mendapat undangan & menyertai memeriahkan suasana. Saya suka hubungan silaturrahim kekeluargaan begini.

half of rombongan


Sebahagian daripada pic2..ni pun cilok2 dari mereka-mereka. Hhahaha... Lepas balik dari Cameron yang heran balik ari tempat agak sejuk dari KL tapi kulit macam balik dari pulau ..hahaha... Tapi sangat fun.

The next wekend plak kami layan BOLA DI SBJ. Harus la The Red Worrior punya game. Dah lama kut x melayan bola secara live. Selama ni tengok kat umah jaa laa..Nak-nak plak dah dapat tiket free kami zassss aja la.. Kami berdua ja p. Bukan xde kawan-kawan lain, cumanya mereka lebih awal sampai n masing-masing bersama geng2 mereka. Sangat ramai memang susah kut nak saing & bertemu janji. Kami dah p awal un dah sesak..sib baek ada tempat jugak kami leh duduk. Adik2 skeliling pn nasib baek semua ok, sopan aja, sapa kata orang tengok bola xbehave. Sorry keterujaan tengok bola malam tu bikin kami lupa amik pic. Bak kata dak2 kat sebelah yg duk kat tangga2 tu 'sori xleh amik pic, kredit fon xde' haha...apa kaitan pic ngn kredit?? diorg mmg hapening. Sebelum balik sempat la jgk bertemu mata kawan yg dr Klate yg mai tengok bola..hehe...jumpa jgk kita malam tu yea? walaupun hampir pasti xdan nak jumpa & susah nk jumpa dalam kebanjiran kita2 yang merah2 ini..heee... Thanks. Tapi memang malam tu sangat best n memorable, Walau sesak tapi berbangga kut kita mampu bersama walaupun mungkin fahaman kita berbeza. Bertambah kegembiraan bila mana TRW menang Piala FA. Weheee....


tiket kami..masih ada ;p



Dan beberapa minggu sebelum ni sempat kami sama2 BALIK KAMPONG. Memang kami sentiasa Balik sama sebab sehala jea. Tapi kali ni berbeza sikit sebab pada ari kami sampai cousin nye majlis bertandang. Kebetulan dekat ngan umah  Erni. so sekali jalan jaa.. Yang baju merah tu la yang di rai. Pengantin pompuan lupa lak nak di amik lak. Kami sampai umah pengantin agak tengahari. Sampai jea disambut oleh cousin-cousin n makcik2 terasa glemer gtu..hahaha...mau x diorang dah lama xjumpa kut...nak2 lak saya la wakil cousin yang sangat cakap banyak. Yang geng mulut bising laen sume xdpt alik..kira wakil mereka kasi gegar rumah okeh..hehehe...dek kerana lambat smpai maka saya kena stay sana semalaman. Leh la bantu apa yang perlu  selepas majlis. Sempat jugak malam tu melayan bola ngan mereka yang laki...haha...meriah la ngan diorang. Kiranya balik kampong sehari 2malam br sampai umah bonda ku. Jauh naww.



Termasuk juga dalam recap kali ni is LEPAK TIME. Kalo minggu sebelum nya kami p Dataran Merdeka kerana terlanjung boring & terbawa diri ke sana. Untung leh la jalan2 ke Bazar Kebudayaan. Ala-ala macam tu la. Sempat melayan dikir and karaoke. Dikir Worrior perfom masa tu. And pic bawah ni the next punya. Alang-alang anta Nabilla balik umah kami jejalan ter'stop' kat Dataran lagi. Memang xde pape. Cuma amik angin tengok2 orang..haha...my sis pn ikot sama dia mai umah minggu tu. 




Dan esok nya pepagi lagi Nabilla duk col ajak ke PUSAT SAINS NEGARA. Dia ada tiket free katanya. Nak tengoh Dinasour. Since kami xde pape plan so, kami folow je la.. Dah lama kut x p.  The first & last rombongan zaman sekolah kut. Bila masuk dalam agak teruja kut dah lama tinggalkan alam blaja sains ni. Not bad la p sana terutama kalo bawak budak2...Tapi yang tak menahan yang tua-tua pun leh tahan teruja heee... 



Fuhh...bepeluh den nak update nih..Almaklum dah lama tak 'menvacumkan' laman ni. Agak panjang & pic lebih dari biasa. Sape suh peram lama2 ye dok??heee... By the way, sekarang projek kami hari-hari ialah masak kat umah dan makan sesama. Puncanya dah boring kut asyik makan kedai..tapau ja..cam da xde menu..Asyik yang sama. But then. kami just masak yang simple2 je. Lebih menyelerakan [jadi makan banyak], lebih jimat [leh simpan sikit2,mana tau gatai nak kawin t.hee], belajar benda baru, dsb. Terbaru kami buat kek coklat yg sangat simple..tp sedap jugak. T share episod lain la yea?hee... Got to go, Bye.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...