PRE-HYPERTENSI

Sunday, July 29, 2012

Salam Jumaat.

Semoga semua sihat sejahtera. Dan jangan menganggap diri anda sihat kalau anda tak menampakkan rasa sakit, better check sebelum terlambat. Tak salah meluangkan masa kejap jea singgah ke klinik. Nak-nak yang punya klinik panel tuk company yang korang kerja. Wah, ,menasihat..diri sendiri pun baru jea dapat kesedaran..heee..


Alkisahnya tersebut la kisah cik Erni menge'share' ape yang dia terbaca kat internet. Kami memang suka share2 fakta@benda2 yang menarik. 1 benda menarik perhatian bila dia share pasal cacing. Dan dapat tau yang kita yang dewasa pun memerlukan ubat cacing sekurang-kurang nya 2 kali setahun. Ku ingat masa 
kecik2 je. huhu.. Anda yang masih belum amik sila la merajinkan diri ke klinik atau paling tak ke farmasi. Kami dah.


Since kami punya panel klinik Mediviron, kami serbu kesana la. Serius kami suka sebab klinik ni sangat bagus& berkualiti ubatnya. Doktor pun baik jea. Alang2 kesana dapatkan ubat sakit bahu. Lately selalu sengal2. Doktor yang baik itu telah pun dengan bagus mengecheck blood pressure. And big suprise!! darah tersangat la tinggi dari biasa. 130!!!..huh..pre-hypertension.


The reason yang mampu di kenal pasti punca of course..STRESSSS... Yup terpaksa mengakui lately tersangat stress dari biasa. Stress ngan kerja. Malas nak crita betapa stress nye, sangat bertimbun bila kerja yang terpaksa di buat tuk 3 orang perlu di buat sorang2. Nak xnak kena buat jugak. Yang bertambah stres bila ada yang cuma nak menambah kestressan. Tapi alhamdulillah sejak2 puasa ni lebih tenang handle stress.
Punca yang laen mungkin jugak sebab naek berat badan kut.Haishh..banyak faktor2 laen skali kut. Kalau kata sebab pemakanan rasa nya ada sikit jea kut. Sekarang kami lebih prefer masak sendiri. Dah boring asyik makan kat luar. Tak tau nk makan ape, end up asyik makan benda yang sama jea. Bila masak kat umah garam,MSG semua kita leh kontrol sendiri. Trust me, rambut dah kurang gugur. & semestinya enjoy masak sendiri. 

Masalah terbesar yang melanda yang buat jadi punca utama rasanya TIDOR. huhuhu.. Susahnya nak tidor. Sekarang dah kul3.30 pagi masih tak leh tidor.huhu..sedangkan arini rasa sangat la penat. Penat terlampau buat tak lena tidurr...tulun2.. Nampak gaya tunggu sahur terus la ni. Masalah tidur ni memang melampau2 bila kerja. Masa study dulu kemain lagi tidur, tak makan pun xpa.hmm...

Perlu lakukan sesuatu nih. Harap dapat control blood pressure. Doktor dah suh p after seminggu. Muga2 kembali ok. Sekarang ni hal kerja malas nk pikir sangat.huhu.. Harus bertindak cepat nih.



NASI AYAM, AYAM MADU

Thursday, July 19, 2012

Salam.

Its been a while...ingat dah xnak publish, simpan dalam draf ja dlu. Since dua tiga hari lagi nak puasa & pastinya akan xtahan menengok makan di siang hari maka tercapai la jgk hajat nak tempek entry baru.



Hasil aktiviti hujung minggu kami. Nasi Ayam. FYI ni first time buat sendirik. Bukan sendiri pun. Of course ngan Erni. Kali ni K'long & her lovely anak buah pun join. Meriah. Fisrt buat sebab biasa kalu kami, kami biasa buat ngan Maa ja, jadi co-chef dia. Selebihnya kami tukang makan. Susah xsusah senang xsenang jgk la..hehe...tp sebenarnya ok jea. Hasil godekan kat gugel, cari yang paling sedak & kami cantum2kan resipi. Memandai sendiri je kan??hehe...




Semua kami buat bertiga, eh silap berempat. Yang kecik tu pun leh tahan gak buat-buat kalot. Pagi xpagi, tengahari jgk la kami ke NSK. Asal xberniat nak buat ari tu, tapi resipi dah siap2 carik. Bila pai sana dapat idea nak try buat bila tengok barang basah segar2 dengan harga bulih dikata agak berpatutan berbanding pasaraya laen. Lagi plak senang barang laen pun ada, dh jadi 1 stop centre gitu. Balik beli barang-barang kami terus buat. Puas hati kut nasi ayam menjadik Akan dicuba lagi nanti.

Resipi dapat dari cikepel

Bahan Untuk Sup Ayam
1/2 ekor ayam
1 ulas bawang besar - mayang halus
5 ulas bawang putih - mayang halus
1 sup bunjut
2 @ 3 ketul stok ayam m.e.g.g.i
garam secukup rasa
sos tiram 

Cara-Cara
- tumis bawang besar & bawang putih sehingga garing.
- masukkan air & ayam...rebus sekejap..
- masukkan sup bunjut & stok ayam m.e.g.g.i ...
- tambah air lagi (untuk dimasukkan ke dalam nasi) pastu tambah garam...
- saya masukkan sedikit sos tiram.

Nasi (saya guna rice cooker)

- 2 cawan beras
- air rebusan (sup ayam tadi)
- mentega - cairkan

Cara - cara
- basuh beras sehingga bersih.
- masukkan air rebusan (ikut sukatan beras yang uolls selalu pakai).
- lepas tu masukkan mentega yang telah dicairkan...kacau...(kami xcairkan dulu..kami masuk kan jea.sebab sup dah panas dia cair sendirik..heee)

Ayam
- Kicap Pekat (kami buat kicap biasa ja
- Madu

Cara-cara
- amik kicap & madu sikit..kacau sebati..pastu amik ayam yang telah direbus tadi...gaul
- lepas tu, boleh la digoreng...

Kicap
- guna lebihan yang kite gaul ayam tadi....

Sos Cili
- cik Eni buat, cam sambal belacan tanpa belacan ;p




Ni lah tukang masak merangkap tukang makan. Macam nak masak dinasour tu plak pas ni..heeee...
Sekarang dah tiba masa kembali ke kerjaan. Kalo sempat jumpa resipi akan di share nanti.
Bye.

AMAN DI SANA

Friday, July 13, 2012

Petang, Salam Jumaat,

Hari yang sangat Indah, tapi hari yang sunyi dan sayu. Dalam mengenang arwah yang pergi genap 15tahun lepas, tak di sangka dan agak terkejut dapat tau nenda nya Erni kembali kepada pemilik hakiki kita. AlFatihah buat arwah & takziah kawan.



Sangat faham rasa kehilangan tu. Harus di redha pemergian. Terus doakan mereka, cuma tu yang mampu memberi bahagia arwah di sana. Rasa hilang bertambah bila Ramadan dah hampir. Tapi, seberapa banyak sayang kita pada yang tiada,Allah lebih menyayangi. Semuga mereka di tempat kan dikalangan mereka2 yang beriman & tenang di sana. Aamiin.


# sunyi bila Erni takde..kalo dia kawin t canner yea?huhu

HAPPY BIRTHDAY TO THEM

Thursday, July 12, 2012


Salam..Selamat tengahari.


Short entry for today..Hepi besday to both of them.
Sorang si idong kepek & sorang si bapak Badang.
Sorang lahir 11July, sorang 13July.walau tahun berbeza.
Sorang suka nangis [gile cengeng], Sorang suka sakat.
Sorang Pendek,sorang Gemop.. ;p





masa convo dia.

Owh pic ni agak mancung lak idong yea??ada cucuk ka dak kepek .Masa dia convo that day. 1 thing ak xkasi tau, masa convo tu sempat curi tengok Maa nangis coz proud of you. And im gonna cry too tapi pretend xnampak. [Masa taip ni pun cam mata merembes tringat situasi tu.] ~ilang macho waa.. ;p



curi dari fb dia
Hah..ni la pic yang paling nampak bercahaya & sejuk mata mandang. Hahaha.. Tak terhagak amik pic sendirik. ;p .Tengok saja saiz dia dah tau bessa gila..even his my adik dari dulu pai sekarang orang confius, i sulong ke dia yang sulong. Sometimes i juz admit dia my pakcik jea, & seharusnya orang percaya. Kalo gelak harus gegar 1 rumah..;p

Ok thats all for this evening.
Semuga segala baek2 sahaja.Di panjangkan umur
Dimurahkan rezeki.


# antara 2 tarikh lahir diorang, Dia menjemput insan itu menghadapNya.
Semuga roh arwah di cucuri rahmat, ditempatkan dikalangan orang2 beriman. AlFatihah.



RENYAI MERINTIK

Wednesday, July 11, 2012

Salam, Selamat Pagi..oh Tengahari sudaa..

Kelebihan suasana sejuk mendung2 cam ni la..xsedar ari dah tengahari. No wonder la perot berdendang perantau. Uhukk..Udara sejuk2 manja macam ni memang best kalo dapat tarik bantal selimut. Berangan, kalo duk umah ujan cam ni macam la tido..xde nye.mata mesti susah lelap jugak..


Mendung buat aku rindu. Rindu pada segala benda yang panjang untuk di list down kan..cukup sekadar ku bilang rindu. Ewahh,.. ;p Dan dek kerana rindu & kekurangan mood kerja. Maka ku capai choki-choki ku sumbat ke mulot. Sangat nikmat. Hee...tetiba rindu pada Rocky. Straberi ke coklat dua-dua rindu. Sudah lama keputusan stok.




Hurm sudah cukup. Perlu siapkan kerja menimbun sebelum puasa. Bila puasa t dah tak melarat mengerjakan semua timbunan ini dan bakal ditimbun kan lagi. Oh..semakin dekat dengan puasa. Perlu bersedia dari sekarang, 10days left. Semoga di beri kesempatan menuju Ramadan & menambahkan amalan&ibadat di bulan yang indah itu.


p/s : Hari ni besday budak kepek [sbb idong xmancongnya..haha]. Epi besday.

KEK PISANG COKLAT SIMPLE

Monday, July 2, 2012

Salam. Selamat malam.

Kembali ke segmen project special iU&Er. Tak lain tak bukan dengan my BFF, my housemate merangka rakan sekerja ku.Kalo ari tu kami buat kek coklat kali ni kami buat yang agak berbeza tapi masih basic yang sama. Dek kerana kek coklat sangat laku & dah abis kami isi masa menunggu match Euro. If not mistaken Spain vs Portugal nye match. Memang dah agak lama kut kan? ni baru sempat nak update. Kita usha pic dulu.



Al kisah masa kami nak buat kek ni tetiba ada kerosakan pada plug. Agaknya banyk sangat kuasa letrik di guna. Nasib x blackout & semua plug point rosak. Nak hangkut oven tu cam besar kut ke plugpoint lain. Nasib baik la ada rice cooker yang multi function yang leh buat kek tuh. Selamat la. Itu sebab kek kat atas ni  bulat semacam. Coklat plak tuk toping kami guna yang balance kek coklat ari tu. Tak baik membazir kan??hee... Dan hasil nya.. Tarrraaaaa.........






Closed up.




Ready to ngappp..heee...Ok. now i share the resipi nya..sangat senang. Di cedok dari sini.





Bahan-bahan:

4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek -[ kami guna 8 sebab agak kecik]1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis - [xbuh pun]
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla

Cara-cara:

1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.

*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan. - kami guna rice cooker yang multi use leh buat kek..main buh n tutup n set sahaja.

Extra job, kami buh topping coklat n hias sikit ngan pisang. Senang-senang jea kami buat. Leh la cuba2 yea. ;)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...