KEK PISANG COKLAT SIMPLE

Monday, July 2, 2012

Salam. Selamat malam.

Kembali ke segmen project special iU&Er. Tak lain tak bukan dengan my BFF, my housemate merangka rakan sekerja ku.Kalo ari tu kami buat kek coklat kali ni kami buat yang agak berbeza tapi masih basic yang sama. Dek kerana kek coklat sangat laku & dah abis kami isi masa menunggu match Euro. If not mistaken Spain vs Portugal nye match. Memang dah agak lama kut kan? ni baru sempat nak update. Kita usha pic dulu.



Al kisah masa kami nak buat kek ni tetiba ada kerosakan pada plug. Agaknya banyk sangat kuasa letrik di guna. Nasib x blackout & semua plug point rosak. Nak hangkut oven tu cam besar kut ke plugpoint lain. Nasib baik la ada rice cooker yang multi function yang leh buat kek tuh. Selamat la. Itu sebab kek kat atas ni  bulat semacam. Coklat plak tuk toping kami guna yang balance kek coklat ari tu. Tak baik membazir kan??hee... Dan hasil nya.. Tarrraaaaa.........






Closed up.




Ready to ngappp..heee...Ok. now i share the resipi nya..sangat senang. Di cedok dari sini.





Bahan-bahan:

4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek -[ kami guna 8 sebab agak kecik]1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis - [xbuh pun]
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla

Cara-cara:

1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.

*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan. - kami guna rice cooker yang multi use leh buat kek..main buh n tutup n set sahaja.

Extra job, kami buh topping coklat n hias sikit ngan pisang. Senang-senang jea kami buat. Leh la cuba2 yea. ;)




0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...