RECAP

Monday, June 25, 2012


Salam..Im back. Setelah lebih sebulan menyorokan diri. Yeaa...i know..xdak sapa pun heran. But my so called 'online diary' sangat menyepi tanpa kata. Tak de la sampai sorok @ bawa diri ke mana-mana gua. Cuma sekadar menjadi Silence Reader sahaja. Jangan kata blog, FB pn lebih selesa tak mengupdate apa2 status. Cuma kadang2 share benda yang dirasa patut. Twitter? jangan cakap, ada tapi memang xde pape pun, atau dengan kata mudah, orang buta teknologi memey xleh nak buat apa. Ya mengaku saja sebab memang dah itu kekurangan nya.heee...

Sepanjang sebulan lebih ni sebenarnya life masih macam biasa. Bangun pagi ~ kerja ~ balik rumah ~ tidor . Dan cycle memang macam tu la.. Dek kerana terlalu banyak benda yang pending, maka kali ni punya entry mungkin saja agak memboringkan. Sekadar upload few activity lately. Kalau saja boring, do not hesitate to closekan saja. I dont mind, anda punya hak. ;)

Segalanya bermula setelah seminggu Erni pindah masuk rumah kami. Memang sebelum ni segala benda kami share & lakukan bersama. Sekarang lebih senang segala urusan heee...dan lebih mengeratkan kami bila mana erni dah sama kerja. Maka kali ni saya kasi edisi recap segala benda yang kami spend together. heee...Antara aktiviti nya adalah : [macam point2 zaman blaja lak...]

TRIP KE CAMERON ~ Selepas seminggu Erni pindah masuk,besday anak buah dia, Nabilla yg sgt comeyy itu. Pasti ada jugak yg bunyi sindiran dari mereka yang tidak dalam undangan kunun nya saya penyebok jaa..erkk..bunyi cam jeles jaa..haha.. maafkan mereka,mereka xtau, saya sentiasa mendapat undangan & menyertai memeriahkan suasana. Saya suka hubungan silaturrahim kekeluargaan begini.

half of rombongan


Sebahagian daripada pic2..ni pun cilok2 dari mereka-mereka. Hhahaha... Lepas balik dari Cameron yang heran balik ari tempat agak sejuk dari KL tapi kulit macam balik dari pulau ..hahaha... Tapi sangat fun.

The next wekend plak kami layan BOLA DI SBJ. Harus la The Red Worrior punya game. Dah lama kut x melayan bola secara live. Selama ni tengok kat umah jaa laa..Nak-nak plak dah dapat tiket free kami zassss aja la.. Kami berdua ja p. Bukan xde kawan-kawan lain, cumanya mereka lebih awal sampai n masing-masing bersama geng2 mereka. Sangat ramai memang susah kut nak saing & bertemu janji. Kami dah p awal un dah sesak..sib baek ada tempat jugak kami leh duduk. Adik2 skeliling pn nasib baek semua ok, sopan aja, sapa kata orang tengok bola xbehave. Sorry keterujaan tengok bola malam tu bikin kami lupa amik pic. Bak kata dak2 kat sebelah yg duk kat tangga2 tu 'sori xleh amik pic, kredit fon xde' haha...apa kaitan pic ngn kredit?? diorg mmg hapening. Sebelum balik sempat la jgk bertemu mata kawan yg dr Klate yg mai tengok bola..hehe...jumpa jgk kita malam tu yea? walaupun hampir pasti xdan nak jumpa & susah nk jumpa dalam kebanjiran kita2 yang merah2 ini..heee... Thanks. Tapi memang malam tu sangat best n memorable, Walau sesak tapi berbangga kut kita mampu bersama walaupun mungkin fahaman kita berbeza. Bertambah kegembiraan bila mana TRW menang Piala FA. Weheee....


tiket kami..masih ada ;p



Dan beberapa minggu sebelum ni sempat kami sama2 BALIK KAMPONG. Memang kami sentiasa Balik sama sebab sehala jea. Tapi kali ni berbeza sikit sebab pada ari kami sampai cousin nye majlis bertandang. Kebetulan dekat ngan umah  Erni. so sekali jalan jaa.. Yang baju merah tu la yang di rai. Pengantin pompuan lupa lak nak di amik lak. Kami sampai umah pengantin agak tengahari. Sampai jea disambut oleh cousin-cousin n makcik2 terasa glemer gtu..hahaha...mau x diorang dah lama xjumpa kut...nak2 lak saya la wakil cousin yang sangat cakap banyak. Yang geng mulut bising laen sume xdpt alik..kira wakil mereka kasi gegar rumah okeh..hehehe...dek kerana lambat smpai maka saya kena stay sana semalaman. Leh la bantu apa yang perlu  selepas majlis. Sempat jugak malam tu melayan bola ngan mereka yang laki...haha...meriah la ngan diorang. Kiranya balik kampong sehari 2malam br sampai umah bonda ku. Jauh naww.



Termasuk juga dalam recap kali ni is LEPAK TIME. Kalo minggu sebelum nya kami p Dataran Merdeka kerana terlanjung boring & terbawa diri ke sana. Untung leh la jalan2 ke Bazar Kebudayaan. Ala-ala macam tu la. Sempat melayan dikir and karaoke. Dikir Worrior perfom masa tu. And pic bawah ni the next punya. Alang-alang anta Nabilla balik umah kami jejalan ter'stop' kat Dataran lagi. Memang xde pape. Cuma amik angin tengok2 orang..haha...my sis pn ikot sama dia mai umah minggu tu. 




Dan esok nya pepagi lagi Nabilla duk col ajak ke PUSAT SAINS NEGARA. Dia ada tiket free katanya. Nak tengoh Dinasour. Since kami xde pape plan so, kami folow je la.. Dah lama kut x p.  The first & last rombongan zaman sekolah kut. Bila masuk dalam agak teruja kut dah lama tinggalkan alam blaja sains ni. Not bad la p sana terutama kalo bawak budak2...Tapi yang tak menahan yang tua-tua pun leh tahan teruja heee... 



Fuhh...bepeluh den nak update nih..Almaklum dah lama tak 'menvacumkan' laman ni. Agak panjang & pic lebih dari biasa. Sape suh peram lama2 ye dok??heee... By the way, sekarang projek kami hari-hari ialah masak kat umah dan makan sesama. Puncanya dah boring kut asyik makan kedai..tapau ja..cam da xde menu..Asyik yang sama. But then. kami just masak yang simple2 je. Lebih menyelerakan [jadi makan banyak], lebih jimat [leh simpan sikit2,mana tau gatai nak kawin t.hee], belajar benda baru, dsb. Terbaru kami buat kek coklat yg sangat simple..tp sedap jugak. T share episod lain la yea?hee... Got to go, Bye.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...