Hari ini saya mengundi

Sunday, May 5, 2013

wassupp.......

adik2 apo kabar eh? lama btul da x update blog..
hari ni jum cerita2 pasal pilihan raya...
yg balik kg ngan kereta or bas or sebarang pengankutan darat tahniah sebab da sampai kat umah dengan selamat... balik mengundi pilihan raya sehangat balik beraya aidil fitri.. jem dari tol gombak sampailah ke tol bentong ber jam gak stuck... hohohohoho. Alhamdullillah selamat sampai....



dalam asyik musim mengundi ramai pihak asyik duk bertanya parti mana yg mendapat undi dari saya this is my answer ;UNDI ADALAH RAHSIA...
rahsia ke? hohohoho........

















da bertahun lamanya kembali ke sekolah rendah zaman kecik2 dulu2~.~ byk memori kat sekolah tu
 byk yg da berubah.. banggunan lama da tak da yg ada baggunan baru ja.... hohoho






dah selamat membuang undi dengan aman dan jayanya, berlaku kejadian yang paling lawak abad ini ialah cat kekal da tanggal kena Axion lepas cuci pinggan... hahahahaha this is a true story..... the end....

hahahaha selamat kembali ke bandar.. ni ada video promosi untuk dakwat kekal, bole digunakan untuk masa hadapan... gelak sambil tegolek


WE WILL GET THERE

Saturday, April 13, 2013

Hye everyone... 

just back from a long...long...long...SLEEP..huhuhu.. Make it short & simple entry..

credit : ms.stickgal

Pray for the best & strong to face the 'up&down'.

# simple 'orang lidi' brings everything & inspire.
Do visit http://stickgal.blogspot.com/ for more lovely orang lidi.



APPLE CHIP

Sunday, January 27, 2013

Yeayy...wekend yang sangat panjang. Tiada aktiviti balik kampung  @ bercuti di mana2..Actually sgt heaven bila cuti & dpt lepak kat umah jea. Dek kerana masa begitu terluang, tiada apa yang di buat selain buat kerja2 rutin, ngukur setiap inchi umah..dah abis ngukur, jelajah freezer. Maka tertengok la beberap biji epal yg masih ada. Nasib la cik epal, orang xberapa nk gemoo nak makan. Epal tu jenis yang ber'sponge' gitu. Duk pikir2 apa yang nak di buat dengan epal2 tu. Nak buang xelok bazir2..kawan setan..huhu.. Dengan kemudahan tenet, di search2..terjumpa la 1 resepi macam biasa lah,kat myresipi. Baru tau ada orang buat epal chips ni. Oh sangat ketinggalan kan?




Sangat senang ikut resipi tu. Cuma perlu 
- hiris nipis epal tu, xperlu kupas kulit. [lgi cantik kalo di sagat]
- Lap kan epal tu xmo kasi basah
- Tabur ngan tepung gandum
- Then goreng.

Tapi dapat 1 idea lagi.memandangkan ada belen tepung pisang goreng adabi lgi sikit. Terus bancuh kan tepung tu then celop kan epal tu. Lagi senang & cepat.

Hasilnya...not bad.sedap jugak..manis2 epal tu ada. Kalo yang sy buat yang guna tepung segera tu lebih crispy macam goreng pisang. Rasanya yang cara pertama tu pn leh crispy kalo di sagat, sebab xsagat dia agk tebal kut kan? xpa la..leh try len kali plak..

So masalah epal ber'span' yang kebanyakan orang tak berapa gemar nak makan dapat di atasi instead of buang je buah tu @ biarkan dia buruk cam tu aje. Tiada masalah pembaziran.


#  being homey person is great !

ASSALAMUALAIKUM - 2013

Thursday, January 24, 2013

Alhamdulillah..masih di beri kesempatan bernafas bebas. Pagi yang sangat indah, ada kicau2 burung dari tingkap bilik nih. Betapa best nya hari yang seindah di kalau la dapat dinikmati tiap2 hari. Tak perlu berkejar2 mengejar kerjaan duniawi. Tak perlu mendengar macam2 hal yang menyesakkan. No 'fighting day' ! ---[intro yang 'macam bagus' kan?]

Setelah sekian lama tak bukak benda ni..Alhamdulillah masih wujud tanpa usikan apa2..Almost 6month tak terusik. Rasanya sejak cik pinky ni 'beronar' itu hari. Agaknya dia penat sangat masa tu. Skrin tak nak appear..huhuhu..nyaris2 mau cari pengganti. Tapi dek kerana sayang di simpan kemas di dalam kotak di bawah katil.kikiki... Hingga hari bertuah tiba setelah 1bulan di peram, try2 on Alhamdullillah masih boleh berfungsi dengan baek sehingga hari ni. Selamat poket. Tapi sayang, walaupun lappy dah ok tapi masih belum sempat update@buat pape. Macam biasa, hambatan duniawi..hoho..biasa la bila hampir hujung tahun macam2 benda perlu di buat. Bertambahan plak bos mau bersalin.. [eh..ape kaitan?? ] banyak kaitan. Sebab yang ganti temporary orang nye laen...huhu..tukar bos bt kali  ke4 slps hampir 3 tahun kerja kat sini. Lain bos, lain cara, lain permintaan nya. HUH!!...penat sudahh!


Dalam sepanjang 6 bulan tu, macam2 dah jadi. But the best part is, my super duper friend cik Erni dah tunang..wehee...!!!.. & i'Allah akan kahwin xlama lagi. Best kan..tup2 tunang & kawin... hah!..dont ask me plz. i punya turn xtau bila dimana, bagaimana & dengan siapa.bila tiba sampai nya waktu akan ku khabarkan.    She's so gorgeous on her engagement day. But sorry, masa tu xdapat attend di atas kesulitan yang tak dapat di atasi.




Selain dari tu, hari berjalan seperti biasa dengan sedikit sesuatu yang menggumbirakan yang bikin gelak ramai2, duka lara, sedih pilu tu sudah pakej hidup normal & ada sedikit senyum sorang2 [bukan tahap gila, masih zon selamat] heee... part senyum sorang syhhh...! kita simpan tuk mereka2 yang tahu & faham2 saja. ada masa akan di reveal ckit demi ckit [macam retis lak..xde yang kesah!..okeh--]


BTW, arini dah 4 hari selepas pertambahan usia. huhu..semakin hampir dengan kematian. Dan semakin tu rasa masih banyak yang belum settle..masih banyak 'hutang' belum langsai. Semoga sentiasa diberi kesempatan perbetulkan diri & di dalam barkah nya. Dan i'Allah tahun ni akan cuba laksanakan hajat yang lama dah kut tertunggak, yang sebelum ni tiada kesempatan nak dibuat. Sekadar termampu. Tiada yang lain saya harapkan selain doa dari semua.


Rasanya perlu di stop jap. Semoga 2013 tahun yang lebih baek. & dengan banyak misi tahun ni dipohon doa semoga semua berjalan lancar. Aaminn Ya Rabb. & Selamat bercuti Salam Maulidur Rasul


# Selawat & Salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...